Keputusan Speaker | Empat Ahli Parlimen Sabah tidak perlu kosongkan kerusi

2023-01-17 0

Empat Ahli Parlimen daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah yang memaklumkan bahawa beliau menerima salinan surat daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menerusi emel pada Isnin.